Saturday, August 6, 2011

Mesyuarat bersama setiausaha MMC

MOHON SEDIKIT WAKTU ANDA UNTUK MEMBACA UPDATE TERBARU INI:


MESYUARAT BERSAMA PKPMI DAN SETIAUSAHA MMC, DR. WAN MAZLAN BIN WAN MOHD WOOJDY PADA 26 JULAI 2011 DI SKYPE PUKUL 9.00 MALAM

1. Apakah yang perlu dilakukan oleh mahasiswa setelah tamat perkuliahan di Indonesia?

Setelah grad perlu lakukan 3 perkara serentak:

1. Apply kerja dengan SPA,

2. daftar dengan MMC dan

3. Apply penempatan dengan KKM

2. Apa dokumen yg perlu?

Rujuk http://www.mmc.gov.my/v1/

3. Berapa lama tempoh waktu untuk menjadi HO dr waktu kami pulang?

Tempoh untuk kerja selepas tamat belajar tergantung kepada kekosongan jawatan HO di KKM pada masa itu. Tiada kaitan dengan MMC.

4. Bolehkah terangkan lingkup kerja MMC dan MMA? Adakah sama MMC dan MMA?

MMC diberi tanggung jawab untuk mendaftar dan menyelia individu yang ingin mengamal profesyen perubatan. MMC mempunyai kuasa undang-undang. MMA pula adalah Persatuan Perubatan, sesiapa pun boleh join. Mereka yang berdaftar dibawah MMA TIDAK boleh mengamal perubatan. MMA dan MMC tidak sama. Kekeliruan boleh terjadi jika anda menyamakan MMC sebagai Ikatan Dokter Indonesia sebelum Konsil Kedokteran Indonesia ditubuhkan.

4. Adakah KKM akan menguatkuasakan sistem syif? Jika benar bolehkah diterangkan sistem tersebut?

Sistem syif sedang dalam peringkat kajian. Sistem syif ialah sistem giliran di mana doktor akan bertugas dari jam 8 pagi hingga 2 petang, 2 ptg hingga 10 malam dan 10 mlm hingga 8 pagi kalau tak silap. Pada masa ini masih diperingkat pilot study

5. Adakah MMC dan KKM mengeluarkan list of competency utk HO seperti Standard Kompetensi Ikatan Dokter Indonesia?

Terdapat suatu Jawatankuasa dibawah KKM yang diberi nama Lembaga kelayakan Perubatan @ Medical Qualifying Board yang bertanggung menetapkan disiplin didalam posting HO dan juga jenis prosedur yang perlu dilaksanakan.


6. Adakah terdapat satu program dr MMC untnk memberikan biasiswa atau pinjaman utk mereka yang tiada? Jika ada bagaimana prosedurnya, jika tiada, ada tidak solusi MMC untuk membantu?

Selaras dengan tugas dan peranan MMC - MMC tidak terlibat didalam sebarang penajaan tetapi kita boleh bantu. Sila alamatkan surat anda kepada Ketua Pengarah Kesihatan merangkap Yang Di Pertua Majlis Perubatan Malaysia


7. Jika ada pelajar di sini datang tanpa NOC, adakah mereka punya masalah setelah pulang mendaftar nanti?

Pelajar yang tidak mempunyai NOC tidak ada masalah mendaftar dengan MMC kerana tiada peruntukkan dibawah Akta Perubatan 1971 menetapkan mereka perlu mempunyai NOC untuk diterima mendaftar. Namun, Kabinet menetapkan hanya graduan yang mempunyai NOC akan dilantik kedalam perkhidmatan awam. Dalam situasi sedemikian, tiada guna sijil pendaftaran MMC jika tuan puan tidak diterima berkhidmat bagi menjalani latihan siswazah. Pada masa ini, pihak SPA belum menguatkuasakan lagi NOC. Tuan-tuan yang terlibat boleh menulis surat kepada YAB PM. Nanti saya akan terangkan bila kita berjumpa nanti. Secara peribadi, NOC tidak harus menjadi penghalang untuk dilantik kedalam perkhidmatan awam bagi mereka yang lulus dari IPT yang diiktiraf - mereka telah mampu membuktikan mereka berjaya

8. Adakah list universiti yg diiktiraf oleh MMC masih lagi diguna pakai?

Ya, senarai Jadual kedua masih digunapakai

9. Utk pljr dentistry dan farmasi, ke mana mereka harus pergi?

Pelajar Dentistry - Malaysian Dental Council. Pelajar Farmasi, Putrajaya - Lembaga Farmasi Malaysia, Seksyen 17, Petaling Jaya

10. Saya mau bertanya bagi pihak rakan2 tentang penambahan 120 minggu, minggu klinikal untuk medical student dari Indonesia. Boleh doc komen dengan jelas tentang ini?

Bagi penambahan 120 minggu - IPT Perubatan di M'sia, pendedahan klinikal ialah 120 minggu - dapat dilaksanakan kerana pengajian ialah tahun 1-2 preklinikal, 3-5 klinik. berbeda dengan Indon - 1-3 preklinikal dan 4-5 klinikal. Justeru pendedahan tidak mencukupi. Namun jangan risau hampir kesemua IPT di Indonesia telah bersetuju meminda kurikulumnya dan kita akan melawat bersama pihak Indonesia nanti insya Allah.

11. Dr. Wan, mohon penjelasan mengenai prosedur specialization. Sewaktu Dr berkunjung di Jakarta bulan Mac yg lalu, menurut Dr utk jadi spesialis hanya boleh dibuat di Malaysia, adakah ini bermaksud tidak boleh ambil spesialisasi di luar negeri walaupun atas biaya sendiri?

Untuk jadi specialist - perlu bersedia menimba pengalaman sebaik tamat HO. Selain lulus periksa dan temuduga, calon juga perlu mempunyai pengalaman yang mencukupi. Specialisasi boleh dibuat diluar negara tetapi perlu ambil kira samada ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Pada masa ini pengiktirafan dilaksanakan oleh Academy of Medicine Malaysia bersama dengan KKM.

12. Dengarnya elaun kritikal akan dikurangkan, adakah benar?

Sebagaimana namanya 'elaun kritikal', ia akan dihapuskan jika tenaga kerja doktor dalam negara kita mencukupi. Selain itu, elaun on-call juga akan dihapuskan sekiranya syif duty dilaksanakan

13. Adakah sistem medical schools di Indonesia khususnya telah memenuhi standard international yang telah ditetapkan oleh MMC? dan pandangan Dr untuk graduan2 yang lulus dari Indonesia ini. Amat penting bagi kami untuk memantapkan clinical skill dan knowledge dalam sistem kesihatan malaysia.

Sistem medical schools di indon memang memenuhi standard international. Namun, ianya belum mencukupi bagi pendedahan klinikal bagi standard negara kita. Ini adalah kerana kita menitikberatkan pendedahan klinikal yang sebenarnya dan bukannya latihan amali di makmal sepert clinical skills (yang turut diambilkira di Indo).

14. Adakah CGPA kami sekarang mempengaruhi sekiranya nanti ke depan mahu ambil specialist?

Bagi yang ingin membuat spesialisasi - CGPA tidak sangat mempengaruhi - yang penting - pengalaman dalam bidang spesialisasi yang anda ingin ceburi selepas HO, lulus cemerlang ujian tapisan dan juga temuduga.

15. Adakah sesebuah universitas boleh ditarik pengiktirafan, kalo boleh bagaimana dinilai?

MMC pernah menarik balik pengiktirafan Crimea State Medical university dalam tahun 2005 kalau tak silap. Kita akan tarik jika IPT berkenaan melanggar kriteria spt mengambil pelajar berlebihan, beli soalan, beli markah dan kelulusan/sijil, dll.

16. Adakah lokum utk HO dibenarkan?

Hanya bagi mereka yang telah berdaftar penuh dan mempunyai APC


17. Saya kurang jelas tentang lanjutan ke specialist, hanya berlaku setelah MO, kemudian perlu melalui ujian dan temuduga? Perlu pengalaman lebih 3 tahun?

Untuk mengikuti kursus specialist - anda perlu diterima mendaftar di mana-mana IPT tempatan. Bagi tujuan tersebut, mula sekali anda perlu mempunyai pengalaman yang mencukupi - contohnya 2 tahun dalam ENT. Jika cukup, anda akan dipanggil untuk menjalani ujian tapisan dan juga temuduga oleh IPT berkenaan

18. Apa yang penting diperlukan seorang HO dalam menjalani housemenship training program di Malaysia?

Pertama sekali - setiap HO perlu mempunyai SIKAP yang terbuka dan positif, then pengetahuan dan kemahiran. Ilmu yang anda perlolehi semasa menuntut di Indon lebih dari mencukupi - jika anda menjalaninya dengan sempurna.


19. Bagaimana kalau nak jadi pensyarah dibidang perubatan, perlu mengikuti semua proses atau bagaimana?

Untuk senang jadi pensyarah - sila apply sebaik sahaja tamat HO. Apply ke universiti yang mereka minati untuk berkhidmat. Jika kursus tersebut tidak ada di IPT berkenaan, pihak IPT majikan akan menghantarnya ke IPT lain

20. Bagaimana proses induction student luar negeri? Ini selepas lulus dr SPA?

Induksi dibuat untuk semua graduan perubatan sebaik sahaja dilantik oleh KKM.

p/s:

I think I should seriously come and meet you all as some of the questions need to be elaborated further. Insya Allah we'll find time. (Dr. Wan Mazlan)

Disediakan oleh,

Mohd Nazaluddin bin Mat Nazir

Pengerusi Tetap

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia

di Indonesia (Pusat)

Monday, August 1, 2011

Facebook PKPMI CS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat PKPMI CS yang dikasihi.


Pertama-tama kami dari pihak PKPMICS meminta maaf apabila proses penyebaran informasi kami kepada anda dianggap kurang berkesan. Insya-Allah kami sedang berusaha memperbaiki masalah ini pada masa akan datang. Namun begitu di sini juga harus dijelaskan tentang metode penyebaran informasi yang dijalankan:


1) Memandangkan Facebook digunakan oleh majoriti ahli PKPMICS, ini dijadikan landasan utama untuk penyampaian informasi selain dari blog PKPMICS dan Twitter (@pkpmi_cs) terutama apabila terdapat informasi yang perlu disampaikan dalam waktu yang singkat.


2) Selain dari Facebook PKPMI CS, kami juga telah berusaha menyebarkan informasi melalui Blackberry Messenger dan whatsapp kepada majoriti ahli PKPMICS yang mempunyai "smartphone" meskipun kami memahami bahawa tidak semua ahli yang memeliki kemudahan tersebut.


3) sejak dulu lagi kami mengharapkan kerjasama dari setiap ahli PKPMI CS yang telah mendapat informasi dari kami untuk membantu menyebarkan informasi tersebut kepada ahli yang lain. ini adalah kerana keterbatasan dari pihak kami memandangkan jumlah ahli kita yang ramai.


4) kadangkala, informasi yang harus disampaikan memerlukan penjelasan yang panjang dan cara yang paling berkesan untuk menyampaikannya adalah melalui facebook.


Kepada ahli-ahli yang lain:


5) Kami mengharapkan partisipasi anda untuk sentiasa waspada dan mengambil inisiatif untuk mengambil tahu sekaligus menyebarkan semua informasi dari PKPMI CS.


Sekali lagi kami memohon maaf atas kekuarangan dari kami dan terima kasih atas teguran ikhlas daripada ahli-ahli PKPMI CS. Diharapkan supaya semua ahli PKPMI CS dapat berganding bahu dalam menjadikan persatuan kita ini lebih baik pada masa akan datang secara langsung atau tidak.


SEKIAN, TERIMA KASIH.

Wednesday, June 22, 2011

Tour de Java

Bermula 10 Jun 2011, PKPMI Pusat telah mengadakan program road Tour de Java. Acara ini bertujuan untuk bertemu dengan 4 cawangan PKPMI yang berada di tanah Jawa sekaligus mengeratkan silaturrahim. perjalanan mereka meliputi cawangan PKPMI Yogyakarta, Solo, Malang dan Surabaya.

Pada 12/6/2011, PKPMI Pusat tiba di Surabaya di mana ahlli PKPMI CS yang hadir telah mengambil kesempatan untuk bertanyakan sebarang kemusykilan atau apa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan, imigrasi dan sebgainya. MT dan Exco PKPMI CS juga mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan segala permasalahan tentang urusan yang terkait dengan persatuan.

Pertemuan telah diadakan di Ruang Sidang Fakultas Farmasi di Kampus B Universitas Airlangga. turut hadir dalam acara tersebut adalah Atase Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, En. Ludinata bin Misnun.

Friday, June 17, 2011

P.K.B ke-3

Pada 10 Jun 2011, Program Kerohanian Bersama (PKB) yang ke-3 telah dilaksanakan di rumah Saudari Sarah Ali (IAIN) yang bertempat di Wonocolo. Seperti biasa acara telah bermula pada pukul 7.30pm dan dimeriahkan dengan kehadiran kehadiran kedua mahasiswa IAIN dan UNAIR. ini merupakan acara PKB yang pertama di mana mahasiswa IAIN menjadi tuan rumah. semoga program ini dijalankan secara berterusan agar hubungan mahasiswa kekal erat.

PENUTUP DEKAN CUP F.K. 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 4 Jun 2011, ahli PKPMICS dari UNAIR telah turut serta dalam acara penutup Dekan Cup Fakultas Kedokteran Universitas Airlangga 2011. sehubungan dengan itu telah diadakan penjualan Nasi Ayam Malaysian Style. Mahasiswa yang terlibat telah berkumpul di rumah YDP PKPMICS untuk menyediakan hidangan.


Selain itu terdapat juga jualan caramel puding yang dibuat khas oleh saudari Nurdini Abdullah (FKG 07). terima kasih diucapkan. Meskipun terdapat beberapa halangan minor pada hari tersebut, penjualan berjaya dilakukan. Mahasiswas mengambil kesempatan dalam melepaskan rindu akan masakan Malaysia.


dari kiri: Saudari Fatehah (FF O7), Saudara Hussein (FF 10) dan Saudara Zulkhairi (FK 07)

Wednesday, June 1, 2011

P.K.B

PROGRAM KEROHANIAN BERSAMA (P.K.B)

Itulah nama rasmi program ini di bawah pimpinan sesi 2011/2012. Dan Alhamdulillah, pada 27/5/11 (Jumaat) telah dilaksanakan PKB yang kedua. PKB yang ke-2 ini telah dilaksanakan di rumah saudari Amal Munirah Ahmad (FKG 08) dan saudari Amira Adnan (FK 08). Pada malam tersebut, semua ahli yang hadir telah mendapat kunjungan beberapa tetamu dari Malaysia. Ibu kepada saudari Amal yang telah menyediakan pelbagai hidangan istimewa. Namun yang khusus terpahat di ingatan semua ahli adalah nasi minyak....




Selain itu, kita telah mendapat tetamu dari mahasiwa fakulti perubatan UiTM yang kebetulan berada di Surabaya untuk melakukan penelitian mereka di RS dr. Soetomo. Turut hadir pada malam itu adalah Ustaz Ali Fatullah Harun yang memberikan pengisian yang menarik sebagai peringatan kepada semua.






Semoga majlis tersebut dirahmati Allah SWT dan semoga semua ahli mendapat ilmu dan manfaat yang berguna di dunia dan di akhirat. Insya-Allah...

KARNIVAL 1 NUSANTARA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Sebelum kita lanjut, kami dari exco multimedia PKPMI CS ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog PKPMICS. Ini kerana operator blog sibuk dengan tugas dan tanggungjawab beliau. Insya-Allah setelah ini exco multimedia akan berusaha memastikan blog PKPMICS sentiasa up-to-date.

Kembali ke topik utama:

Pada 8 Mei 2011, PKPMI CS telah diundang oleh PKPMI Cawangan Malang ke Karnival 1 Nusantara yang bertempat di Gazebo Universitas Brawijaya Malang.

seramai lebih kurang 20 ahli PKPMI telah menghadiri acara tersebut dan berikut adalah beberapa gambar yang diambil sebagai kenangan.

Semoga acara-acara seperti ini dijalankan dengan lebih sering lagi agar hubungan di antara semua cawangan-cawangan di sini sentiasa bersatu...







PS: kami sentiasa mengalu-alukan feedback dari semua ahli PKP.... tinggalkan komen anda... terima kasih

Saturday, May 7, 2011

Majlis Kerohanian Bersama ( Edisi 1#)

Pada 6 May 2011, PKPMI'CS telah mengadakan Majlis Kerohanian Bersama yang pertama untuk sessi 2011/2012. Majlis ini bertempat di rumah Adnin Zakaria dan Farid Zainal yang bertempat di Kedung Pengkol 3/8 dan dihadiri oleh kira-kira 45 orang ahli.

Majlis telah dipimpin oleh saudara Mohamad Afzal bin Zulkepli selaku Biro Kerohanian PPMI'CS dan dibantu oleh saudara Kautsar bin Ali (N/YDP PKPMI'CS). Topik yang diutarakan pada malam tersebut bertajuk "Siapakah Kita". Majlis bermula pada pukul 8 malam sehingga acara selesai.



Pada malam tersebut juga telah diedarkan buletin PKPMI'CS yang baru, "INTERGRASI" yang memuatkan maklumat-maklumat terkini PKPMI'CS untuk tatapan ahli semua.

Wednesday, March 9, 2011

Annual Grand Meeting PKPMI'CS 2011

Annual Grand Meeting PKPMI'CS 2011

AGM PKPMI-CS akan diadakan:
Pada 2 April 2011.
Bertempat Ruang Sidang A Fakultas Kedokteran UNAIR.
Tarikh dilewatkan ke 2/4/2011 kerana ada masalah birokrasi dan keterbatasan penggunaan tempat.
Bermula pada pukul 8 pagi - 12 tengahari.
Semual ahli diwajibkan untuk hadir terutama kepada junior
dress code : formal ( lelaki : berkemeja dan bertie, perempuan : bju kurung )

BERDASARKAN PERLEMBAGAAN BARU :
jawatan yang dipertandingkan adalah :
1. Pengerusi Tetap
2. Timbalan Pengerusi Tetap
3. YDP
4. N YDP
5. Juru Audit 1
6. Juru Audit 2

* Pemilihan YDP & NYDP dilakukn dengan cara undian bertulis
*calon-calon YDP & NYDP dibenarkan untuk bermanifesto.

MENARIK -> CABUTAN BERTUAH DISEDIAKAN (SPECIAL)

untuk keterangan lanjut boleh terus menghubungi YDP (Abu) dan ahli-ahli PKPMI yang lain. Sekian

Sunday, March 6, 2011

4#


taken from petainetwork.com

Lawatan Student Medic Perempuan dari Jakarta, 5 Mac 2011


Pada pagi Sabtu, 5 Mac 2011, akhwat dari Jakarta melawat Surabaya. Pertemuan bersama akhwat dari Jakarta diadakan di rumah Hakim dan Syanaz. Walaupun pertemuan hanya untuk seketika sahaja tetapi masih tetap memberi impak yang memberangsangkan kepada pelajar Surabaya. Hubungan mesra terjalin dengan baik sewaktu lawatan mereka.

Semoga hubungan mesra antara Pelajar Jakarta dan Surabaya dapat terjalin sehingga ke akhir hayat.

Jamuan ringan dihidangkan kepada tetamu dari Jakarta.


Saturday, March 5, 2011

Program Tarbiatun Nafs Jumaat, 4 Mac 2011


Pada hari Jumaat, 4 Mac 2011 yang lepas, program Tarbiatun Nafs yang diadakan di rumah YDP Surabaya, Muhammad Abu Bakar. Hidangan disediakan kepada semua ahli setelah program selesai.



Saturday, February 19, 2011

Prosedur Mendapatkan Passport Baru (Jika Hilang)

Prosedur Mendapatkan Passport Baru


1. Laporan Polis di tempat hilang

2. Salinan fotokopi KPT

3. Salinan fotokopi Passport (saya sarankan kalian simpan satu salinan)

4. Gambar berukuran 4x6 berlatarbelakang warna biru

5. Bayaran Rp146,000.00 akan dikenakan.

Para pelajar/rakyat Malaysia yang kehilangan passport perlu HADIR di Bhgn Konsular, Kedutaan Besar Malaysia untuk mendapatkan passport baru. Hari Isnin-Jumaat. Seeloknya datang sebelah pagi.

Untuk maklumat lanjut sila telefon Mr Andi, bhgn konsular 021-522-4925.

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul, 15 Februari 2011




Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Diambil dari:

http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/home.htm

Untuk info lebih lanjut tentang Maulidur Rasul, sila ke link berikut:

http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm


Monday, February 14, 2011

Qalam YDP

Aslmkm..kehadapan semua pelajar2 Malaysia di Surabaya yang saya kasihi..alhamdulillah sudah hampir setahun PKPMI sesi 09/10 memikul tanggungjawap mengurus persatuan dan ahli-ahli di Surabaya dan akhirnya kami semakin menghampiri titik akhir pengurusan..

Semoga sahaja PKPMI di sesi akan datang dapat diterajui oleh pihak pengurusan yang jauh lebih baik dari yang ada sekarang dan dapat dapat menjaga kebajikan ahli sesuai dengan asas dan tujuan penubuhan persatuan..

Dgn ini saya ingin menasihati diri dan ahli-ahli PKPMI surabaya sekalian supaya hiduplah secara harmoni sesama kita dan jagalah nilai2 islam dan nilai2 murni budaya leluhur sepanjang hidup disini..elakkanlah dengan berperilaku buruk di depan masyarakat dan sesama ahli dan tunjukkanlah bahawa kita adalah contoh terbaik dan bermaruah kepada semua..jagalah kehormatan diri supaya orang lain dapat menghormati diri kita seadanya..

Akhir kata, kami ditampuk pimpinan sekarang sangat berharap supaya ahli lebih aktif dan memberikan komitmen sepenuhnya kepada pengurusan yg akan datang dengan meramaikan lagi acara dan segala perancangan yg dianjurkan oleh persatuan supaya objektif yang ingin diperoleh dapat dicapai selain memudahkan kerja-kerja persatuan dan kedutaan untuk menjamin kebajikan ahli-ahli persatuan sekalian..terima kasih..wallahua'lam..

p/s : Insyallah Mesyuarat agung PKPMI Surabaya akan dijalankan pada akhir bulan Mac 2011 (tarikh sbenar masih dlm prbincangan dan akan diberitahukan nnti)..Diharap semua pelajar2 Malaysia dsini dapat hadir dan melantik pimpinan yang benar2 layak utk memimpin persatuan..jangan kerana ketidakhadiran anda mnyebabkan orang lebih layak tidak berpeluang untuk memimpin anda dan sadarlah kerana anda yang berhak menentukan siapa yang layak memimpin anda semua..lakukanlah untuk kepentingan bersama..

-Muhammad Abu Bakar-
(YDP PKPMI-CS sesi 09/10)

Tuesday, February 8, 2011

KONGRES NASIONAL PKPMI KALI KE-37 DAN KURSUS KEPIMPINAN


Acara KONGRES NASIONAL PKPMI KALI KE-37 DAN KURSUS KEPIMPINAN telah diadakan di Hotel Grand Shanti, Denpasar Bali dan berlangsung selama 3 hari, dari 3hb hingga 6hb February. Acara kali ini bertemakan “Transformasi PKPMI Ke Arah Profesionalisme Berpersatuan”. Peserta yang mengikuti adalah seramai 3 orang per cawangan dan turut serta, AJK dari PKPMI Pusat.

Muhammad Abu Bakar selaku YDP, Ameer Mukmeen, Timbalan YDP, dan Eva Chandra Susanti selaku Bendahari mewakili PKPMI Cawangan Surabaya. Perwakilan PKPMI Pusat dari Surabaya, adalah Ismail Tajudin, Juruaudit.

Memberi ucapan pada kongres kali ini adalah YBhg. Prof Dato’ Dr. Zainal Kling selaku Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, UPSI dan YB Senator Ezam Mohd Nor, Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara.

Persidangan Luar Biasa, Persidangan Agung PKPMI PUSAT kali ke-37 berjalan dengan lancar di mana isu - isu seperti kebajikan, Insuran Takaful untuk pelajar, pinda perlembagaan, dan isu tentang kepimpinan yang berkualiti, dan cara berorganisasi dengan efisien dan rapi.

Jamuan Makan Malam Perdana diadakan bersama YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi). Kemudian, Majlis Penutup dilakukan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, YBhg. Dato’ Paduka Dr Junaidy Abu Bakar.

Perjumpaan dengan En Ludinata bin Misnun (Atase Pendidikan JPMI), En Jafri bin Abdul Majid (Penolong Hal Ehwal Ekonomi (kanan) MARA Indonesia), dan Jazman Azi bin Jamaluddin (Pengarah JPA Indonesia). Mereka memberi penerangan dengan lebih mendalam tentang perkembangan terbaru JPA dan MARA.

Bergambar bersama kesemua cawangan PKPMI




Muhammad Abu Bakar (YDP PKPMI Surabaya) menerima amplop dari Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin

Ismail Tajudin, Juruaudit PKPMI Pusat juga menerima amplop

Wakil dari Surabaya, dari kiri Muhammad Abu Bakar (YDP), Ameer Mukmeen (TYDP) bersama Eva Chandra Susanti (Bendahari)

Kongres Nasional PKPMI kali ke 37 bermula

Wakil dari Surabaya dan Malang

Saturday, January 29, 2011

PIAWAIAN TETAP OPERASI

Kepada semua pelajar Surabaya, dikehendaki membaca dan memahami piawaian tetap operasi pada waktu darurat di bawah. Supaya apabila terjadinya bencana yang tidak disangkakan, kita dapat membuat langkah - langkah awal untuk menjaga keselamatan diri.

PIAWAIAN TETAP OPERASI
[STANDARD OPERATING PROCEDURES- (SOP)]
LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI

KRISIS BENCANA ALAM DI INDONESIA

LANGKAH-LANGKAH SEMASA BENCANA.

I. Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan telefon, sms atau arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah.

II. Menghubungi segera Pengarah atau kakitangan JPMI.

III. Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti.

1. GEMPA BUMI

A ) Sekiranya anda di dalam bangunan

1) Tinggal kekal di dalam bangunan.

2) Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.

3) Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.

4) Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda

5) Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh.

6) Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.

7) Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca

8) Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.

9) Padamkan semua api.

B) Sekiranya anda di luar bangunan

1) Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar

2) Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.

3) Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

C) Sekiranya di dalam stor yang sesak

1) Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mendapat idea yang sama

2) Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang

3) Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

D) Sekiranya di dalam bangunan tinggi

1) Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.

2) Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain.

3) Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.

4) Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.

5) Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

E) Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan

1) Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

F) Sekiranya di dalam kereta yang bergerak

1) Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda

2) Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang selamat untuk menilai situasi anda

3) Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang

2. BANJIR

1) Segera memaklumkan kepada Pengarah JPMI atau mana-mana pegawai Kedutaan.

2) Menghubungi kawan-kawan yang tidak sedar dengan situasi ini.

3) Mengambil barang-barang keperluan asas.

4) Mengunci semua pintu-pintu bilik dan pintu rumah.

5) Berada di tempat tinggi sekioranya tidak sempat berpindah.

6) Matikan semua punca letrik dan gas.

7) Jangan menharungi air yang dalam dan deras

8) Segera berpindah ke tempat perpindahan sementara.

9) Sentiasa mengikut arahan daripada pihak berwajib dari semasa ke semasa.

10) Pelajar-pelajar lelaki perlu me,mbantu pelajar-pelajar perempuan dalam proses evakuansi.

11) Jangan menyebarkan berita-berita buruk atau khabar angin kepada kaum keluarga di Malaysia.

12) Jangan minum air mentah dan makan makanan yang bersih.

13) Laporkan jika suhu badan panas atau sejuk, dikuathiri deman panas atau deman denggi.

3. KEBAKARAN

Langkah-langkah apabila berlaku kebakaran

1) Jangan panik.

2) Bunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkan diri anda dan rakan/keluarga melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.

3) Hubungi balai bomba dan berikan butir-butir lengkap dan tepat mengenai lokasi rumah anda.

4) Matikan semua punca letrik dan gas.

5) Sementara menanti ketibaan bomba, cuba padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.

6) Cari/tuju ke arah jalan keluar yang selamat. Pastikan anda telah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.

7) Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

Perkara yang sentiasa perlu dilakukan dan diberi perhatian

2) Bincangkan Pelan Menyelamatkan Diri dengan rakan-rakan serumah. Anda harus mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan semua rakan serumah anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan fire drill dari masa ke semasa supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli rumah anda.

3) Elakkan daripada mendiami rumah yang berjeriji terutama pada tingkap dan pintu rumah. Sekiranya ada, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

4) Pastikan anak kunci mudah diambil. Setiap ahli rumah mesti tahu tempat penyimpanan anak kunci pintu atau jeriji. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci tanpa pengetahuan ahli rumah yang lain.

5) Pastikan sekurang-kurangnya ada satu alat pengesan asap (Smoke Detector). yang dipasang di dalam rumah dan sentiasa berfungsi.

4. KEMALANGAN

Langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian

1) Pelajar dinasihatkan agar sentiasa membuat perancangan dengan teliti sebelum memulakan perjalanan.

2) Mendapatkan keizinan dan kebenaran pihak penaja sebelum melakukan perjalanan (ubah turutan).

3) Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang dipercayai dan mempunyai rekod yang baik.

4) Sekiranya memandu sendiri atau menyewa kenderaan, pastikan kenderaan dalam keadaan baik, mempunyai rekod kenderaan lengkap dan memiliki peralatan sokongan sewajarnya.

5) Memiliki lesen memandu yang sah serta perlindungan insurans perjalanan. Sediakan insurans perlindungan diri dan kenderaan.

6) Memaklumkan kepada rakan-rakan / universiti berkaitan tarikh, tempat dan tempoh perjalanan.

7) Memiliki persiapan kendiri dan peralatan peribadi bagi tujuan kecemasan seperti ubat ubatan.

8) Mempunyai maklumat berkaitan destinasi yang dituju, kemudahan disepanjang perjalanan dan nombor-nombor penting untuk dihubungi.

5. INSIDEN KEGANASAN

Langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian

1) Sentiasa mengambil maklum situasi semasa menerusi media dan berita perdana tempatan.

2) Mengelakkan diri daripada kawasan dan tempat berbahaya dan berpotensi bagi aksi keganasan.

3) Tidak melibatkan diri dalam persatuan, pertubuhan, pergerakan yang bersalahan dan bercanggah dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan.

4) Memaklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang aksi yang disyaki sebagai keganasan dan jenayah.

5) Melaporkan pada pihak JPM, penaja, universiti dan rakan-rakan sekiranya mendapati sebarang maklumat yang mungkin boleh mengancam keselamatan pelajar Malaysia.

6. KEMATIAN

1) Sila maklumkan segera kepada Pengarah JPMI atau pegawai jika berlaku kematian di kalangan pelajar.

2) Buat persediaan awal pengurusan jenazah di rumah pelajar sebelum pegawai JPMI tiba untuk pengurusan lengkap jenazah.

3) Hubungi keluarga / waris terdekat untuk pemakluman dan mendapatkan keputusan pengurusan jenazah.

4) Memaklumkan kepada pihak universiti untuk tujuan yang berkaitan di bahagian rekod dan kemasukan serta bahagian kewangan dan fakulti.

5) Membantu JPMI menguruskan prosedur yang berkaitan di hospital, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan sijil dan dokumen lain yang perlu untuk urusan pengebumian atau penghantaran pulang jenazah ke Malaysia.

6) Membantu JPMI menguruskan semua dokumen dan barang-barang peribadi milik jenazah untuk dihantar pulang ke Malaysia jika diminta oleh keluarga / warisnya.

7. PEPERANGAN

1) Sentiasa ikuti perkembangan semasa jika berlaku krisis keselamatan di dalam negara tempat belajar atau negara-negara jiran.

2) Hubungi Pengarah JPMI atau pegawai jika perlukan maklumat lebih lanjut.

3) Jika peperangan meletus, sediakan semua dokumen penting dalam satu beg khas dan diletakkan di tempat selamat dan mudah dicapai.

4) Tunggu arahan lanjut daripada pihak JPMI dan tidak mengambil tindakan sendiri sebelum mendapatkan pandangan / kelulusan pihak JPMI.

5) Jangan terlibat dengan sebarang tunjuk perasaan anti perang atau sebarang demonstrasi jalanan.

6) Jangan sama sekali terlibat dalam apa jua gerakan atau kumpulan yang mengajak anda untuk turut serta secara sukarela terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong atau menyertai peperangan yang berlaku.

7) Jika peperangan meletus dalam kawasan di mana anda berada, pastikan anda sentiasa berada di dalam rumah / bangunan dan tidak keluar ke kawasan berkenaan.

8) Jika anda berada di kawasan luar, sila dapatkan perlindungan di kawasan universiti atau balai polis yang berdekatan sehingga keadaan selamat dan anda diizinkan pulang ke rumah.

9) Bersedia untuk dipindahkan atau di arah pulang ke Malaysia jika keadaan peperangan semakin serius dan membahayakan keselamatan pelajar.

10) Hanya bawa dokumen penting dan keperluan asas diri apabila arahan pemindahan atau pulang ke Malaysia dikeluarkan oleh pihak JPMI dan berkumpul di tempat yang di arahkan secepat mungkin.

8. GANGGUAN / ANCAMAN KESELAMATAN DIRI

Langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian

1) Jagalah keselamatan diri anda pada setiap masa dan di mana anda berada.

2) Elakkan diri daripada berjalan keseorangan atau berada di tempat yang sunyi terutama pada lewat malam. Gunakan laluan yang digunakan oleh orang ramai.

3) Elakkan daripada melalui laluan atau tempat yang terdapat kumpulan orang ramai yang berkumpul terutama golongan remaja. Gunakan laluan alternatif dan jangan hiraukan sekiranya anda diejek atau dilemparkan dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.

4) Berhati-hati sekiranya anda ditegur oleh orang yang tidak dikenali untuk bertanyakan sesuatu. Sentiasa berwaspada dan peka pada keadaan di sekeliling anda.

PERINGKAT PERANCANGAN

Wujud 3 peringkat Perancangan

1. Pra Krisis

2. Semasa Krisis

3. Post Krisis

PRA KRISIS

1) PEMBUKAAN PUSAT KRISIS & PUSAT PENGUMPULAN BANTUAN BENCANA- MENGADAKAN DAFTAR BANTUAN YANG DITERIMA

2) MENGENALPASTI PEGAWAI BERTUGAS & DISKRIPSI KERJA

3) PENJANAAN INFORMASI AWAL TENTANG BENCANA DARIPADA SUMBER-SUMBER INFORMASI- JENIS ANCAMAN BENCANA, PREDIKSI KEJADIAN, SUMBER BANTUAN, TEMPAT PERLINDUNGAN DLL,

4) MENILAI TAHAP/ DARJAH KESERIUSAN BENCANA YANG BAKAL BERLAKU

5) EVAKUASI WARGA & BARANGAN BERHARGADARIPADA KAWASAN YANG DIKENALPASTI RAWAN BENCANA

6) MENEMPATKAN MANGSA DITEMPAT PERLINDUNGAN

7) PENYEDIAAN KEPERLUAN MANGSA PERPINDAHAN-MAKANAN, SELIMUT, UBAT-UBATAN

8) MENGEDARKAN INFORMASI BERKAITAN MAKLUMAT KRISIS DAN PERANCANGAN KECEMASAN

9) MELATIH WARGA MENGHADAPI BENCANA TERTENTU- MISALNYA BANJIR, GEMPA BUMI, KEBAKARAN

SEMASA KRISIS

1) MENGENALPASTI MANGSA WARGA/ STATUS KESIHATAN & KESELAMATAN

2) MENERUSKAN KERJA-KERJA EVAKUASI PADA KAWASAN YANG RAWAN BENCANA. EVAKUASI BOLEH DILAKUKAN KE MALAYSIA ATAU KETEMPAT PERLINDUNGAN.

3) MENJANA MAKLUMAT SECARA BERTERUSAN MENERUSI SUMBER-SUMBER INFORMAN

4) MEMBINA HUBUNGAN BAIK DENGAN SUPPORT SYSTEM-DEPLU,PRAMUKA,POLISI,RAKTOR/PENSYARAH/PEGAWAI UNIVERSITAS.

5) MENGEKALKAN KOMUNIKASI DENGAN WISMA PUTRA/ KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI/IBUBAPA

6) MENJALANKAN ADVOKASI MENERUSI MEDIA – MEDIA MUNGKIN MENJADI SATU-SATUNYA SUMBER KOMUNIKASI/ SUMBER MAKLUMAT DENGAN DUNIA LUAR APABILA BENCANA MENJADI BERTAMBAH SERIUS.

7) PENGEDARAN BANTUAN BERUPA MAKANAN &LAIN-LAIN KEPERLUAN

8) PEMBENTUKAN/ KEMASUKAN PASUKAN KESIHATAN UNTUK MENJAGA KESIHATAN, RAWATAN & PENGAGIHAN UBAT-UBATAN KEPADA MANGSA.

9) MONITOR PERKEMBANGAN BENCANA ALAM YANG BERLAKU-INVESTIGASI, MENILAI & MENYEDIAKAN PELAN STRATEGI SETERUSNYA.

10) PROSEDUR PENGHANTARAN PULANG JENAZAH JIKA BERLAKU KEMATIAN.

POST KRISIS

1) MENYIASAT/MENILAI/MELAPOR KEROSAKAN & KERUGIAN YANG DI ALAMI

2) MELAPOR PERKEMBANGAN & MAKLUMAT TENTANG PENAMATAN KRISIS KEPADA AGENSI-AGENSI KERAJAAN

3) MENYEDIAKAN PROSEDUR PEMULIHAN KRISIS

4) PENGHANTARAN PULANG WARGA JIKA TEMPAT PENGINAPAN SELAMAT/SIHAT UNTUK DIDUDUKI

5) MENERUSKAN ADVOKASI MENERUSI MEDIA- MENGUCAPKAN PENGHARGAAN/ NASIHAT PADA MANGSA.

6) PENGEDARAN INFORMASI BAGI MENGEKALKAN KESIHATAN WARGA

7) MENGAUDIT PERALATAN & BAKI BANTUAN YANG DITERIMA

8) PEMBUBARAN PUSAT KRISIS & TUGAS-TUGAS MENYELAMAT

DISEDIAKAN OLEH;

PENGARAH
JABATAN PENUNTUT MALAYSIA

DI INDONESIA