Saturday, August 6, 2011

Mesyuarat bersama setiausaha MMC

MOHON SEDIKIT WAKTU ANDA UNTUK MEMBACA UPDATE TERBARU INI:


MESYUARAT BERSAMA PKPMI DAN SETIAUSAHA MMC, DR. WAN MAZLAN BIN WAN MOHD WOOJDY PADA 26 JULAI 2011 DI SKYPE PUKUL 9.00 MALAM

1. Apakah yang perlu dilakukan oleh mahasiswa setelah tamat perkuliahan di Indonesia?

Setelah grad perlu lakukan 3 perkara serentak:

1. Apply kerja dengan SPA,

2. daftar dengan MMC dan

3. Apply penempatan dengan KKM

2. Apa dokumen yg perlu?

Rujuk http://www.mmc.gov.my/v1/

3. Berapa lama tempoh waktu untuk menjadi HO dr waktu kami pulang?

Tempoh untuk kerja selepas tamat belajar tergantung kepada kekosongan jawatan HO di KKM pada masa itu. Tiada kaitan dengan MMC.

4. Bolehkah terangkan lingkup kerja MMC dan MMA? Adakah sama MMC dan MMA?

MMC diberi tanggung jawab untuk mendaftar dan menyelia individu yang ingin mengamal profesyen perubatan. MMC mempunyai kuasa undang-undang. MMA pula adalah Persatuan Perubatan, sesiapa pun boleh join. Mereka yang berdaftar dibawah MMA TIDAK boleh mengamal perubatan. MMA dan MMC tidak sama. Kekeliruan boleh terjadi jika anda menyamakan MMC sebagai Ikatan Dokter Indonesia sebelum Konsil Kedokteran Indonesia ditubuhkan.

4. Adakah KKM akan menguatkuasakan sistem syif? Jika benar bolehkah diterangkan sistem tersebut?

Sistem syif sedang dalam peringkat kajian. Sistem syif ialah sistem giliran di mana doktor akan bertugas dari jam 8 pagi hingga 2 petang, 2 ptg hingga 10 malam dan 10 mlm hingga 8 pagi kalau tak silap. Pada masa ini masih diperingkat pilot study

5. Adakah MMC dan KKM mengeluarkan list of competency utk HO seperti Standard Kompetensi Ikatan Dokter Indonesia?

Terdapat suatu Jawatankuasa dibawah KKM yang diberi nama Lembaga kelayakan Perubatan @ Medical Qualifying Board yang bertanggung menetapkan disiplin didalam posting HO dan juga jenis prosedur yang perlu dilaksanakan.


6. Adakah terdapat satu program dr MMC untnk memberikan biasiswa atau pinjaman utk mereka yang tiada? Jika ada bagaimana prosedurnya, jika tiada, ada tidak solusi MMC untuk membantu?

Selaras dengan tugas dan peranan MMC - MMC tidak terlibat didalam sebarang penajaan tetapi kita boleh bantu. Sila alamatkan surat anda kepada Ketua Pengarah Kesihatan merangkap Yang Di Pertua Majlis Perubatan Malaysia


7. Jika ada pelajar di sini datang tanpa NOC, adakah mereka punya masalah setelah pulang mendaftar nanti?

Pelajar yang tidak mempunyai NOC tidak ada masalah mendaftar dengan MMC kerana tiada peruntukkan dibawah Akta Perubatan 1971 menetapkan mereka perlu mempunyai NOC untuk diterima mendaftar. Namun, Kabinet menetapkan hanya graduan yang mempunyai NOC akan dilantik kedalam perkhidmatan awam. Dalam situasi sedemikian, tiada guna sijil pendaftaran MMC jika tuan puan tidak diterima berkhidmat bagi menjalani latihan siswazah. Pada masa ini, pihak SPA belum menguatkuasakan lagi NOC. Tuan-tuan yang terlibat boleh menulis surat kepada YAB PM. Nanti saya akan terangkan bila kita berjumpa nanti. Secara peribadi, NOC tidak harus menjadi penghalang untuk dilantik kedalam perkhidmatan awam bagi mereka yang lulus dari IPT yang diiktiraf - mereka telah mampu membuktikan mereka berjaya

8. Adakah list universiti yg diiktiraf oleh MMC masih lagi diguna pakai?

Ya, senarai Jadual kedua masih digunapakai

9. Utk pljr dentistry dan farmasi, ke mana mereka harus pergi?

Pelajar Dentistry - Malaysian Dental Council. Pelajar Farmasi, Putrajaya - Lembaga Farmasi Malaysia, Seksyen 17, Petaling Jaya

10. Saya mau bertanya bagi pihak rakan2 tentang penambahan 120 minggu, minggu klinikal untuk medical student dari Indonesia. Boleh doc komen dengan jelas tentang ini?

Bagi penambahan 120 minggu - IPT Perubatan di M'sia, pendedahan klinikal ialah 120 minggu - dapat dilaksanakan kerana pengajian ialah tahun 1-2 preklinikal, 3-5 klinik. berbeda dengan Indon - 1-3 preklinikal dan 4-5 klinikal. Justeru pendedahan tidak mencukupi. Namun jangan risau hampir kesemua IPT di Indonesia telah bersetuju meminda kurikulumnya dan kita akan melawat bersama pihak Indonesia nanti insya Allah.

11. Dr. Wan, mohon penjelasan mengenai prosedur specialization. Sewaktu Dr berkunjung di Jakarta bulan Mac yg lalu, menurut Dr utk jadi spesialis hanya boleh dibuat di Malaysia, adakah ini bermaksud tidak boleh ambil spesialisasi di luar negeri walaupun atas biaya sendiri?

Untuk jadi specialist - perlu bersedia menimba pengalaman sebaik tamat HO. Selain lulus periksa dan temuduga, calon juga perlu mempunyai pengalaman yang mencukupi. Specialisasi boleh dibuat diluar negara tetapi perlu ambil kira samada ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Pada masa ini pengiktirafan dilaksanakan oleh Academy of Medicine Malaysia bersama dengan KKM.

12. Dengarnya elaun kritikal akan dikurangkan, adakah benar?

Sebagaimana namanya 'elaun kritikal', ia akan dihapuskan jika tenaga kerja doktor dalam negara kita mencukupi. Selain itu, elaun on-call juga akan dihapuskan sekiranya syif duty dilaksanakan

13. Adakah sistem medical schools di Indonesia khususnya telah memenuhi standard international yang telah ditetapkan oleh MMC? dan pandangan Dr untuk graduan2 yang lulus dari Indonesia ini. Amat penting bagi kami untuk memantapkan clinical skill dan knowledge dalam sistem kesihatan malaysia.

Sistem medical schools di indon memang memenuhi standard international. Namun, ianya belum mencukupi bagi pendedahan klinikal bagi standard negara kita. Ini adalah kerana kita menitikberatkan pendedahan klinikal yang sebenarnya dan bukannya latihan amali di makmal sepert clinical skills (yang turut diambilkira di Indo).

14. Adakah CGPA kami sekarang mempengaruhi sekiranya nanti ke depan mahu ambil specialist?

Bagi yang ingin membuat spesialisasi - CGPA tidak sangat mempengaruhi - yang penting - pengalaman dalam bidang spesialisasi yang anda ingin ceburi selepas HO, lulus cemerlang ujian tapisan dan juga temuduga.

15. Adakah sesebuah universitas boleh ditarik pengiktirafan, kalo boleh bagaimana dinilai?

MMC pernah menarik balik pengiktirafan Crimea State Medical university dalam tahun 2005 kalau tak silap. Kita akan tarik jika IPT berkenaan melanggar kriteria spt mengambil pelajar berlebihan, beli soalan, beli markah dan kelulusan/sijil, dll.

16. Adakah lokum utk HO dibenarkan?

Hanya bagi mereka yang telah berdaftar penuh dan mempunyai APC


17. Saya kurang jelas tentang lanjutan ke specialist, hanya berlaku setelah MO, kemudian perlu melalui ujian dan temuduga? Perlu pengalaman lebih 3 tahun?

Untuk mengikuti kursus specialist - anda perlu diterima mendaftar di mana-mana IPT tempatan. Bagi tujuan tersebut, mula sekali anda perlu mempunyai pengalaman yang mencukupi - contohnya 2 tahun dalam ENT. Jika cukup, anda akan dipanggil untuk menjalani ujian tapisan dan juga temuduga oleh IPT berkenaan

18. Apa yang penting diperlukan seorang HO dalam menjalani housemenship training program di Malaysia?

Pertama sekali - setiap HO perlu mempunyai SIKAP yang terbuka dan positif, then pengetahuan dan kemahiran. Ilmu yang anda perlolehi semasa menuntut di Indon lebih dari mencukupi - jika anda menjalaninya dengan sempurna.


19. Bagaimana kalau nak jadi pensyarah dibidang perubatan, perlu mengikuti semua proses atau bagaimana?

Untuk senang jadi pensyarah - sila apply sebaik sahaja tamat HO. Apply ke universiti yang mereka minati untuk berkhidmat. Jika kursus tersebut tidak ada di IPT berkenaan, pihak IPT majikan akan menghantarnya ke IPT lain

20. Bagaimana proses induction student luar negeri? Ini selepas lulus dr SPA?

Induksi dibuat untuk semua graduan perubatan sebaik sahaja dilantik oleh KKM.

p/s:

I think I should seriously come and meet you all as some of the questions need to be elaborated further. Insya Allah we'll find time. (Dr. Wan Mazlan)

Disediakan oleh,

Mohd Nazaluddin bin Mat Nazir

Pengerusi Tetap

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia

di Indonesia (Pusat)

No comments:

Post a Comment