Tuesday, July 13, 2010

Program Tautan Budi

Taken from: http://pkpmijakarta.blogspot.com/

Tarikh : 5-8 Ogos 2010
Tempat : Semantan, Temerloh Pahang

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) membawakan kepada anda, sebuah program bakti siswa dengan kerjasama dari Kerajaan Negeri Pahang! Pengisian program seperti butir-butir dibawah.


Asas PTB

Menjalankan kegiatan sosial dan berbakti kepada masyarakat di samping meningkatkan hubungan dan kerjasama sosial antara mahasiswa Malaysia di Indonesia dengan mahasiswa di IPTA di Malaysia bertepatan dengan Fasal 6(c) Pelembagaan PKPMI.

Objektif

  1. Memberi peluang kepada ahli-ahli PKPMI untuk mengisi masa mereka dengan bermanfaat ketika pulang bercuti di Malaysia sewaktu cuti semester.
  2. Melatih kepimpinan dan komunikasi interpersonal mahasiswa dalam berinteraksi dengan masyarakat bagi persiapan diri sebelum terjun ke bidang khidmat masyarakat kelak.
  3. Menjalinkan kerjasama dan membuat hubungan dengan mahasiswa di IPTA Malaysia agar manfaat dan perkongsian ilmu dapat diperolehi.
  4. Memperkenalkan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia kepada rakan- rakan serta masyarakat di Malaysia.

Peserta Program

  1. Mahasiswa Malaysia di Indonesia yang sedang bercuti di Malaysia
  2. Wakil-wakil mahasiswa Indonesia di Universitas-universitas Indonesia yang berminat.
  3. Mahasiswa yang bernaung di bawah MAMPAN
  4. Alumni PKPMI yang sudah bekerja (mahasiswa Malaysia yang pernah menuntut di Indonesia)

Cadangan Aktiviti

1. Program Homestay dan Anak Angkat

2. Program Kesihatan
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
  • Promosi kesihatan dan pemberian pamplet-pamplet kesedaran kesihatan.
  • Program Derma Darah.
  • Pemeriksaan kandungan gula dan kolesterol dalam darah.
  • Pemeriksaan gigi.

3. Program Sunathon

  • Sunat beramai-ramai
  • Dilakukan oleh doktor dan ahli terlatih dengan kerjasama Persatuan Perubatan Islam Malaysia
  • (PPIM) Student Chapter

4. Program Motivasi Pelajar Sekolah. (Pelajar PMR/SPM)

  • Ceramah motivasi atau Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
  • Career Talk’ bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

5. Forum Perdana

6. Sukan antara anak angkat bersama keluarga angkat

  • Pertandingan permainan Tradisional.
  • Pertandingan Memasak Masakan Tradisional.
  • Bola Sepak, Takraw, Tarik Tali dan sukaneka.

7. Program Kebajikan

  • Menziarah masyarakat tempatan yang telah uzur, sakit dan yang kurang berkemampuan.
  • Menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka.

Keterangan

1. Program Homestay dan Anak Angkat.

  • Semua mahasiswa akan dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing dan akan menginap dirumah mereka.

2. Program Kesihatan

  • Adanya konsultasi dan pemeriksaan kesihatan percuma, promosi kesihatan, pemberian pamplet kesihatan serta program derma darah boleh di buat kepada orang-orang kampung dengan bekerjasama dengan jabatan kesihatan setempat.
  • Di samping itu juga akan dilakukan program pemeriksaan gigi yang akan dilakukan oleh pelajar-pelajar pergigian juga dengan kerjasama jabatan kesihatan setempat.

3. Program Sunathon
  • Anak-anak penduduk setempat akan diajak untuk bersunat beramai-ramai
  • Program ini adalah usahasama yang dilakukan bersama PPIM (Persatuan Perubatan Islam Malaysia) Student Chapter yang telah berpengalaman dalam program sunat.

4. Program Motivasi Pelajar

  • Program ini akan dikendalikan oleh mahasiswa sendiri dan akan dilaksanakan kepada beberapa kelompok sasaran iaitu pelajar sekolah menengah dan rendah, adik-adik yang masih di tadika dan juga remaja-remaja setempat dalam bentuk ceramah motivasi atau latihan dalam kumpulan(LDK).
  • Program ‘Career Talk’ dapat diberikan oleh alumni-alumni PKPMI (contohnya para doktor, farmasi, doktor gigi) yang telah bekerja dengan memberi pendedahan tentang karier masing-masing untuk menjana minat kepada pelajar sekolah menengah sekiranya ingin memilih karier tersebut.
  • Penceramah bebas juga akan dijemput untuk turut serta dalam memberikan ceramah motivasi untuk anak-anak sekolah masyarakat setempat.

5. Forum Perdana

  • Penceramah-penceramah yang terkenal akan dipanggil untuk memberikan ceramah berbentuk forum.
  • Program akan dilakukan di tempat terbuka (contoh : kawasan padang di kampung)
  • Akan diusahakan untuk memanggil RTM untuk menjadikan forum tersebut sebagai forum perdana yang akan disiarkan di televisyen.

6. Sukan dengan remaja dan masyarakat setempat.

  • Aktiviti sukan seperti bola sepak, takraw, dan tarik tali akan diadakan dengan penduduk setempat. Permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, wau dan sebagainya turut diadakan.
  • Pertandingan memasak masakan tradisional mengikut rumah keluarga angkat akan diadakan.
  • Sukaneka untuk kanak-kanak.

7. Program Kebajikan

  • Ini bertujuan untuk membantu semua golongan yang sakit, tua dan yang kurang berkemampuan.
  • Untuk menunjukkan rasa keprihatinan kita terhadap kesulitan yang dihadapi oleh mereka

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI Pusat Sesi 09/10),
Puri Alpina, Jl. Raya Jatinangor, No. 80
45363 Jatinangor, Sumedang
Jawa Barat, INDONESIA
Blog: http://pkpmipusat.blogspot.com/
Email: pkpmipusat0910@yahoo.co.id

sesiapa yang berminat, please ke laman web tersebut and daftarkan diri.

Terima kasih

Pearls of Wisdom

words of wisdom to share with all. :D

  1. Don't love the Heart that hurts you and don't hurt the Heart that loves you.
  2. Don't cry over anyone who won't cry over you.
  3. Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.
  4. Most people walk in and out of your life, but only friend's leave footprints in your heart.
  5. True friendship "never" ends. Friends are forever.
  6. People are lonely because they build walls instead of bridges.
  7. If we are incapable of finding peace in ourselves, it is pointless to search elsewhere.
  8. The bond that links your true family is not one of blood, but of respect and joy in each other's life. Rarely do members of one family grow up under the same roof.
  9. A change of heart changes everything.
  10. Our greatest glory is not in ever falling, but in rising every time we fall.
  11. You only live once - but if you work it right, once is enough.
  12. One generation plants trees, and the next enjoys the shade.
  13. It is difficult to live in the present, ridiculous to live in the future, and impossible to live in the past. Nothing is as far away as one minute ago.
taken from http://www.ezsoftech.com/stories/

Saturday, July 10, 2010

Marah


taken from http://petainetwork.blogspot.com/

Pertukaran Pelajar Faculty Perikanan Universiti Malaysia Terengganu

Tarikh: 5.6.2010
Pertukaran pelajar dari Faculty Perikanan Universiti Malaysia Terengganu bersama UNAIR selama 2 bulan.
Malang sekali cuma ada satu gambar sahaja yang sempat diambil bersama mereka sebelum mereka pulang ke tanah air.

Gambar ini diambil setelah menonton Piala Dunia 2010 bersama. Merupakan suatu kenangan yang indah bersorak sesama teman dari Malaysia, dan berkenalan sesama pelajar Malaysia dari Terengganu. Kami menantikan lawatan dari mereka lagi pada masa yang akan datang.


Pelajar Malaysia dari UNAIR bersama Pelajar Malaysia dari Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan YDP Pusat Ke Surabaya

Tarikh: 1.6.2010 - 4.6.2010

Lawatan YDP Pusat ke Surabaya.
sempena silaturrahim antara YDP dan meeting dengan AJK PKPMI - CS. Pada kali ini, kita juga mendapat tamu dari Bandung antaranya YDP Pusat saudara Hafiz a.k.a Yoyo dan Biro Agama Pusat saudara Fahmi. Ada juga saudara kita dari negara jiran Thailand, saudara Luqman.

YDP Surabaya dan YDP Pusat

Wednesday, July 7, 2010

Wisuda and Dinner Dengan Datuk Junaidi

Mahasiswa Malaysia yang baru digelar Dokter Muda

Di bawah, gambar yang diambil sewaktu dinner bersama Datuk Junaidi sempena acara Wisuda di mana mahasiswa Malaysia Fakultas Kedokteran berjaya mendapat gelaran Dokter Muda. Menjadi suatu kebanggaan melihat mahasiswa Malaysia penuh harapan untuk menjadi seorang yang berguna dan berwibawa pada masa akan datang.
Makanan yang disediakan memang enak sekali dan jelas terpapar pada wajah setiap mahasiswa yang mengikuti dinner event tersebut.










Bandung Games 2010 Committee

Di bawah merupakan list nama committee untuk Bandung Games 2010.

Ketua Kontinjen : Ahmad Safwan
Penolong Ketua Kontinjen: Ahmad Syukriey

AJK Kebajikan: Zainal, Fun, Teha
AJK Penginapan: Ikhlas, Pika FKG 08
AJK Transportasi: Mirul, Aiman
AJK Makanan & Minuman: Zul, Chun

AJK Acara: Daus, Aizzi
AJK Protokol: Joe, Soya, Abu, Andriena
AJK Hubungan Luar: Ameer, Hakim

Dokumentasi: Ika FK 08

Permainan

Netball - Aizzi
Futsal (Lelaki) - Hakim, Bah
Futsal (Perempuan) - Ika FK 08
Badminton - Fahmi, Fun
Bowling - Syukri
Volleyball - Fitri, Soya
Basketball - Joe
Permainan Tradisional (sepak raga,congkak,batu seremban,tengteng) - Eva

Kepada yang berminat untuk mengikuti permainan, sila berikan nama kepada mereka yang ada dalam list di atas.

Bandung Games 2010
Tempat: Kota Bandung
Tarikh: 8-10 Oktober 2010

Tuesday, July 6, 2010

Sunday, July 4, 2010

Exchange Students From UM

The video below shows the farewell ceremony that was held at the Garuda Muka, Faculty of Dentistry Airlangga. Many performed on that night, and it was magical to say the least.

Everyone was dressed up in a very nice and beautiful manner. It was a showcase of fashion. :D
Everybody went back and forth to take pictures.

It was a celebratory night and a beautiful night. The performances from the both dentistry students mesmerized all with their singing voices and their guitar playing skills.

All in all, a perfect night.
Here's a video of the performance from the students of Airlangga.







To see the pictures, please visit our Facebook page.
Thank you and Machooooooooooooo gila!

Friday, July 2, 2010

PROGRAM BAKTI SISWA PKPMI BERSAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG DI MALAYSIA

kepada sesiapa yang berminat untuk melakukan sedikit amal jariah. Sila lah ke laman web di bawah ni,

http://www.facebook.com/group.php?gid=124522657578342&v=app_2344061033#!/event.php?eid=125991264109878&index=1

terdapat info tentang aktiviti - aktiviti yang akan diadakan. basically its more about what we share as students yang belajar di luar negara to students yang nak ambil PMR atau SPM. and tell them how we cope with the stress, and give them the proper motivation to encourage them to be the best.

Objektif:
1) Memberi peluang kepada ahli-ahli PKPMI untuk mengisi masa mereka dengan bermanfaat ketika pulang bercuti di Malaysia sewaktu cuti semester.
2) Melatih kepimpinan dan komunikasi interpersonal mahasiswa dalam berinteraksi dengan masyarakat bagi persiapan diri sebelum terjun ke bidang khidmat masyarakat kelak.
3...) Menjalinkan kerjasama dan membuat hubungan dengan mahasiswa di IPTA Malaysia agar manfaat dan perkongsian ilmu dapat diperolehi.
4) Memperkenalkan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia kepada rakan- rakan serta masyarakat di Malaysia.

Peserta Program:
1) Mahasiswa Malaysia di Indonesia yang sedang bercuti di Malaysia
2) Wakil-wakil mahasiswa Indonesia di Universitas-universitas Indonesia yang berminat.
3) Mahasiswa yang bernaung di bawah MAMPAN
4) Alumni PKPMI yang sudah bekerja (mahasiswa Malaysia yang pernah menuntut di Indonesia)

Aktiviti:
1) Program Homestay dan Anak Angkat
2) Program Kesihatan
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
- Promosi kesihatan dan pemberian pamplet-pamplet kesedaran kesihatan.
- Program Derma Darah.
- Pemeriksaan kandungan gula dan kolesterol dalam darah.
- Pemeriksaan gigi.
3) Program Sunathon
- Sunat beramai-ramai
- Dilakukan oleh doktor dan ahli terlatih dengan kerjasama Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) Student Chapter
4) Program Motivasi Pelajar Sekolah. (Pelajar PMR/SPM)
- Ceramah motivasi atau Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
- ’Career Talk’ bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.
5) Forum Perdana
6) Sukan antara anak angkat bersama keluarga angkat
- Pertandingan permainan Tradisional.
- Pertandingan Memasak Masakan Tradisional.
- Bola Sepak, Takraw, Tarik Tali dan sukaneka.
7) Program Kebajikan
- Menziarah masyarakat tempatan yang telah uzur, sakit dan yang kurang berkemampuan.
- Menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka.


Penglibatan dan Kerjasama:
a.Kerjasama dengan MAMPAN untuk bersama-sama dalam pengelolaan program..
b.Kerjasama dengan jabatan kesihatan setempat dalam program kesihatan.
c.Diusahakan untuk bekerjasama dengan RTM dalam program forum perdana supaya program itu tadi dapat disiarkan di kaca televisyen

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI Pusat Sesi 09/10),
Puri Alpina, Jl. Raya Jatinangor, No. 80
45363 Jatinangor, Sumedang
Jawa Barat, INDONESIA
Blog: http://pkpmipusat.blogspot.com/
Email: pkpmipusat0910@yahoo.co.id


sesiapa yang berminat, please ke laman web tersebut and daftarkan diri.

Terima kasih