Friday, July 2, 2010

PROGRAM BAKTI SISWA PKPMI BERSAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG DI MALAYSIA

kepada sesiapa yang berminat untuk melakukan sedikit amal jariah. Sila lah ke laman web di bawah ni,

http://www.facebook.com/group.php?gid=124522657578342&v=app_2344061033#!/event.php?eid=125991264109878&index=1

terdapat info tentang aktiviti - aktiviti yang akan diadakan. basically its more about what we share as students yang belajar di luar negara to students yang nak ambil PMR atau SPM. and tell them how we cope with the stress, and give them the proper motivation to encourage them to be the best.

Objektif:
1) Memberi peluang kepada ahli-ahli PKPMI untuk mengisi masa mereka dengan bermanfaat ketika pulang bercuti di Malaysia sewaktu cuti semester.
2) Melatih kepimpinan dan komunikasi interpersonal mahasiswa dalam berinteraksi dengan masyarakat bagi persiapan diri sebelum terjun ke bidang khidmat masyarakat kelak.
3...) Menjalinkan kerjasama dan membuat hubungan dengan mahasiswa di IPTA Malaysia agar manfaat dan perkongsian ilmu dapat diperolehi.
4) Memperkenalkan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia kepada rakan- rakan serta masyarakat di Malaysia.

Peserta Program:
1) Mahasiswa Malaysia di Indonesia yang sedang bercuti di Malaysia
2) Wakil-wakil mahasiswa Indonesia di Universitas-universitas Indonesia yang berminat.
3) Mahasiswa yang bernaung di bawah MAMPAN
4) Alumni PKPMI yang sudah bekerja (mahasiswa Malaysia yang pernah menuntut di Indonesia)

Aktiviti:
1) Program Homestay dan Anak Angkat
2) Program Kesihatan
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
- Promosi kesihatan dan pemberian pamplet-pamplet kesedaran kesihatan.
- Program Derma Darah.
- Pemeriksaan kandungan gula dan kolesterol dalam darah.
- Pemeriksaan gigi.
3) Program Sunathon
- Sunat beramai-ramai
- Dilakukan oleh doktor dan ahli terlatih dengan kerjasama Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) Student Chapter
4) Program Motivasi Pelajar Sekolah. (Pelajar PMR/SPM)
- Ceramah motivasi atau Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
- ’Career Talk’ bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.
5) Forum Perdana
6) Sukan antara anak angkat bersama keluarga angkat
- Pertandingan permainan Tradisional.
- Pertandingan Memasak Masakan Tradisional.
- Bola Sepak, Takraw, Tarik Tali dan sukaneka.
7) Program Kebajikan
- Menziarah masyarakat tempatan yang telah uzur, sakit dan yang kurang berkemampuan.
- Menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka.


Penglibatan dan Kerjasama:
a.Kerjasama dengan MAMPAN untuk bersama-sama dalam pengelolaan program..
b.Kerjasama dengan jabatan kesihatan setempat dalam program kesihatan.
c.Diusahakan untuk bekerjasama dengan RTM dalam program forum perdana supaya program itu tadi dapat disiarkan di kaca televisyen

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI Pusat Sesi 09/10),
Puri Alpina, Jl. Raya Jatinangor, No. 80
45363 Jatinangor, Sumedang
Jawa Barat, INDONESIA
Blog: http://pkpmipusat.blogspot.com/
Email: pkpmipusat0910@yahoo.co.id


sesiapa yang berminat, please ke laman web tersebut and daftarkan diri.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment