Monday, December 27, 2010

Lawatan Pelajar Jakarta ke Surabaya

Pelajar Jakrta di rumah YDP Muhammad Abu Bakar

Disember 2010, pelajar Jakarta melawat Surabaya dan telah mendiami di rumah YDP Muhammad Abu Bakar. Sungguh gembira sekali apabila mereka dapat menikmati dan melihat betapa indahnya Surabaya. Dengan bangunan Universitas Airlangga yang unik dan cantik sehingga ke persekitaran yang penuh dengan insan - insan yang baik.

Semoga pelajar dari Jakarta dapat memanfaatkan lawatan mereka di Surabaya dan melawat lagi satu hari nanti.

Menikmati jamuan ringan bersama YDP

YDP bersama Pelajar Jakarta

Bersama pelajar Surabaya menonton AFF Suzuki Cup Final, Malaysia vs Indonesia

Monday, December 20, 2010

Surabaya Games, 19 Disember 2010


LET THE GAMES BEGIN!

Sunday, 19.12.2010, the date Surabaya held its own batch of games for people from Malang to come over and just have a good time. The bus took the players from Surabaya to Kampus C where the games are played out.

There were tons of games around. UFO Terbang, Tarik tali, Volleyball, Futsal and many more.
Everything played out successfully, and the booth people opened up had many customers all round.

The students from Malang showed real sportsmanship. A fun and enjoyable day.
A few ways to relax and enjoy ourselves from the stresses of studying and life. :D

Students from Malang

Gerai Ayam Masak Merah Ala Chef Farah Quinn

The few of the many amazing booth that they opened

Apparently the volley ball match is tied 1-1 during the 3rd quarter.

Tuesday, December 14, 2010

Hari Sukan Surabaya Games Coming Soon, 19 Disember 2010 (Ahad)

PKPMICS. Acara sukaneka akan diadakan pada tanggal 19 disember (Ahad) dari jam 8 pagi - 6 petang. Bertempat di Kampus C. Pengangkutan pergi dan balik disediakan (GRATIS). Bagi yang berminat sila berikan nama anda kepada Nurdini (081938600407) paling lambat hari khamis.

Dan untuk pelajar dari UNAIR atau Malang, sesiapa yang berminat untuk membuka gerai sewaktu Surabaya Games berlangsung, boleh memberikan info dan details kepada Hakim (08180395460).
Harga Sewa Gerai - Rp50,000


LET THE GAMES BEGIN!

Tuesday, December 7, 2010

Lawatan Delegasi Pengarah JASA, 6 Disember 2010

6.12.2010
Pengarah JASA berkunjung ke Surabaya untuk bertemu dengan pelajar - pelajar Surabaya pada 6 Disember 2010. Termasuk dalam delegasi pengarah JASA dari Malaysia adalah Dato' Muhammad bin Mustapha, Panel pemikir JASA, En.Taharuddin bin Yaakob, Pengarah Bagian Gerak Saraf JASA, En.Lutfi bin Ibrahim, Pengarah JASA Pulau Pinang, En.Muhammad bin Bakar, Pengarah JASA Johor, Mohd Hapis bin Ismail, Penolong Pegawai Penerbitan, Dato' Chamil Wariya, Timb.Presiden ISWAMY En.Sabaruddin bin Ahmad Sabri, SU ISWAMY.
Mereka menceritakan pelbagai pengalaman yang mereka lalui sewaktu mereka sebagai seorang mahasiswa yang menuntut belajar di Indonesia. Pada malam yang mereka tiba, telah diadakan jamuan di Kebun Pring di Dharmahusada. Jamuan tersebut disertai oleh ahli PKPMICS. Jamuan tersebut berjalan dengan lancar dan telah memberi memori yang indah kepada pelajar - pelajar di Surabaya.



Sunday, December 5, 2010

Lawatan Delegasi Pengarah JASA

Tentatif

Isnin. 6/12/10
12pm : Tiba di Surabaya dan Check In Hotel
4pm : Ziarah kediaman Mahasiswa Malaysia - Kost Kedung Pengkol dan beberapa tempat yang lain
8pm : Dinner bersama Majlis Tertinggi PKPMI dan UMNO

*Selasa. 7/12/10
10am : Lawatan ke UNAIR
6pm : berangkat pulang ke Malaysia

*masih dalam perbincangan

Senarai nama delegasi beserta jawatan

Dato' Muhammad bin Mustapha
Panel pemikir JASA

En.Taharuddin bin Yaakob
Pengarah Bagian Gerak Saraf JASA

En.Lutfi bin Ibrahim
Pengarah JASA Pulau Pinang

En.Muhammad bin Bakar
Pengarah JASA Johor

Mohd Hapis bin Ismail
Penolong Pegawai Penerbitan

Dato' Chamil Wariya
Timb.Presiden ISWAMY

En.Sabaruddin bin Ahmad Sabri
SU ISWAMY

Thursday, November 25, 2010

Program Tarbiatun Nafs, 26 November 2010

Malam esok, Jumaat tanggal 26 November 2010, program Tarbiatun Nafs, akan dijalankan di rumah saudari Aisya, di Jalan Gubeng Kertajaya 7h/48d.
Sila dtg beramai - ramai. Makanan istimewa dihidangkan oleh tuan rumah.
:D

Thursday, November 18, 2010

Sambutan Hari Raya Haji, 17 November 2010


The few goats that were bought


Hari Raya AidilAdha went passing smoothly on Tuesday 17th November 2010. Alhamdulillah, 4 goats were slaughtered around 10am at Kedung Pengkol. The Malaysian students came together and helped out dividing the meats into small packages to be given to the orphans in Surabaya and the poor. The celebration was filled with a colourful set of baju kurungs and baju melayu. The delicious nasi lemak that was served that day was courtesy of the female students in Surabaya. Alhamdulillah, everything was a success. Hopefully with this Raya, we will be blessed with all the good things in life. :D

Thanks to all for making this a success.

The Students Dividing The Meat


The girls with their magnificent Nasi Lemak :D


Malaysian students gathering around to hear the Tazkirah by our Yang DiPertua
Muhammad Abu Bakar


The girls and their colourful baju kurungs

Monday, November 15, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha

Majlis sambutan Hari Raya AidilAdha anjuran bersama PKPMI CS dan Kelab Umno Surabaya akan diadakan di kost Kedung Pengkol, Jam 9 pagi, pada 17.11.2010 dan acara BBQ di rumah Chun selepas Maghrib.

Dijemput hadir semua.
:D

Monday, November 1, 2010

Majlis Penutupan Student Week, 29 Oktober 2010

On 29th October 2010, a few Malaysian students were chosen to do a traditional dance for an event called 'Majlis Penutupan Student Week' in the Auditorium at Kampus C. The students were led by the sensationally talented Nursyafika Abdul Khalim. They had incorporated a medley that consists of 4 songs and what a fantastic job they did.
We are proud to have such talented dancers to be amidst in our very own Malaysian community.
:D

Once the whole dance were over, Pak Jalal brought them over to Tasty Restaurant for a feast. Congratulation to the dance team for an amazing and fantastic job.


Dini, Ain and Syafika



The female dancers were Dini, Syafika, Ain, Aina, Andriena, Izzati, Iqa, Shikin, Eva, Feriah and Ira.
The male dancers consists of Hafeez, Ikhlas, Syafiq and Hussein.



The Celebratory Dinner At Tasty Restaurant

Cheer for our very own Dance Team :D

Wednesday, October 27, 2010

The Birth of Muhammad Hassan 25th October 2010

Muhammad Hassan

Alhamdulillah, and so, a healthy baby boy was born. Muhammad Hassan, born on 25th October 2010 in Rumah Sakit Aishah at Pacar Keling. The parents, from our very own Universitas Airlangga Dentistry Students, Verde Wigid Putra and Rabiatul Adawiah Subahi, has brought forth this beautiful life to this world. And what a beautiful baby it is.
Congratulations to parents Verde and Rubi. :D

Monday, October 25, 2010

Celebratory Dinner Untuk Players Surabaya Di Wapo, 24.10.2010


24.10.2010
Wapo, Lantai 2
Satu jamuan celebratory diadakan untuk players Surabaya atas kemenangan dan kegigihan mereka di Bandung Games. Semua bergembira atas kemenangan dan determinasi kesemua players. Semoga semangat players akan senantiasa membara untuk games yang akan datang.





Saturday, October 23, 2010

Celebratory Dinner Untuk Surabaya Players

Kepada semua Players Surabaya yang took part dalam Bandung Games, hari Isnin akan ada celebratory dinner di

Wapo Lantai 2,
jam 7 malam.

Please be punctual ya. :D

Wednesday, September 29, 2010

Harga Train Ke Bandung

Dari Surabaya-Bandung (7/10-8/10)

Turangga (Eksekutif) 1800-0614

Khamis Rp230k

Jumaat Rp250k

Mutiara Selatan (Bisnes) 1630-0541

Khamis Rp130k

Jumaat Rp150k

Dari Bandung-Surabaya (10/10)

Turangga (Eksekutif) 1900-0740

Rp260k

Mutiara Selatan (Bisnes) 1700-0611

Rp160k

Pembayaran boleh dibuat kepada saudara Ahmad Syukri, saudara Amirul Syafiq, saudara Ameer Mukmeen dan saudara Ahmad Safwan selewat-lewatnya hari Ahad (3 Oktober 2010). Sebarang kelewatan bayaran tidak akan dilayan.

Meeting The Juniors 2010

And so our juniors finally came to Surabaya. After a one year without juniors, Surabaya is finally blessed with new wonderful faces. On 24th September 2010, a few weeks after Hari Raya Aidilfitri, we had our Ospek for the 2010 students. It was a 3 days and 2 nights event. It was held at the IAIN Institute. And so we met up with the new students. Sakinah Ilias, Nur'ain Ruslan, Noor Azira, Sa'adah, Nurul Izzati, Nurul Aina, Feriah, Devaki and Sujji.
Saiful, Huzaifah, Hussein, Rizal and Syafiq for the guys.



The new 2010 students




Good luck to all 2010 students on their future endeavours and welcome to Surabaya
:D

Tuesday, September 28, 2010

Tuesday, September 21, 2010

PEMBERITAHUAN OSPEK MAHASISWA BARU 2010

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Cawangan Surabaya (PKPMI'CS) akan mengadakan satu program OSPEK BARU 2010. Kehadiran dan keterlibatan mahasiswa baru Malaysia Universitas Airlangga jurusan Kedokteran, Kedokteran Gigi, dan Farmasi beserta mahasiswa baru Agama Negeri Sunan Amepl (IAIN) adalah diwajibkan.

Dibawah ini merupakan data - data mengenai Ospek Mahasiswa Baru 2010:

Tempat : Institut Agama Negeri Sunan Ampel (IAIN)
Pada : 24 September 2010 (Jumaat) - 26 September 2010 (Ahad)
Berkumpul : Bank CIMB Niaga, Kampus UNAIR, jam 1.00 petang

Saturday, August 28, 2010

A Good Deed In Ramadhan (Juadah Berbuka Puasa)

acara bagi juadah berbuka puasa kepada pak2 beca dan fakir miskin dari pkpmi cs.


ucapan terima kasih kpd hafeez dan acap kerana sudi bg bantuan utk persatuan krn kbanyakan ajk pulang mlysia..

tujuan kita melakukan program ini, adalah untuk membantu fakir miskin dan pada masa yang sama kita dapat merapatkan silaturrahim.



its to remind us that once in awhile there are those yang lebih susah dari kita. praise be to Allah for giving us all the nikmat and rezeki we have in this lifetime. Amin


Monday, August 9, 2010

Harga Jersi (Short Sleeves and Long Sleeves) + Seluar

longsleeves n seluar : rp80ribu
shortsleeves n seluar : rp70ribu
longsleeves shj : rp60ribu
shortsleeves shj : rp50ribu
harga utk sleevesless sama dgn shortsleeves.

tempoh akhir dari pabrik baju utk bayaran deposit jersi adalah 2minggu sebelum hari raya..iaitu 27ogos..(termasuk junior2 yg akan datang pada 12-14hb ini)..jadi kpd ahli harap dapat bayar deposit (atleast separuh dari harga baju) sebelum tarikh berkenaan kepada sy (abu07).

kepada yang lewat berbuat demikian jersi anda tetap akan diorder tp utk memastikan ia siap tepat pada tarikh bandung game tidak dapat dijanjikan dan sgt berisiko..

kepada yg sedang berada di malaysia boleh titipkn kpd member2 yg still ada kat surabaya..jika ada kesulitan boleh inform kpd sy(abu 07) terlebih dulu dan sy akan cuba bayar dengan duit sendiri yang ada secuput ini..

kerjasama anda amat dihargai..terima kasih :)

Saturday, August 7, 2010

URGENT!

URGENT:
aslmlkm & slm sjahtera..

kpd ahli yang belum mmbuat tempahan jersi bolehlah mmbuat tempahan SEKARANG..
just REPLY msg ni..sertakan :
-nama & no pada jersi
-saiz (ikut saiz jersi umno dulu)
-lengan pnjang, pendek @ sleeveless
-perlu seluar atau tidak
kpd yg dah tempah kt photo jersi diperkenankan juga utk mreply msg ini dan buat tempahan sekali lg..
DATELINE : sebelum 20 OGOS..setelah itu semua detail akan diserahkan kpd pabrik..

PEMBAYARAN utk jersi boleh dibuat kepada sy sendiri (muhammad abu bakar), atau boleh dititipkan kepada housemate sy sdr fahmi dan sdr arrif (kedua2nya dari fkultas frmasi 07)..
jumlah pembayaran adalah sebanyak 70k..sisa pembelian akan dikembalikan kembali (jika ada)
DATELINE : sebelum hari raya..

utk PENGANGKUTAN ke bandung, pihak penganjur tidak dapat menanggung kos pengangkutan untuk peserta..
jadi untuk ahli yang mnyertai program akan menaiki kereta api, yang mana kos ditanggung sendiri..sperti mana harapan daripada pihak penganjur yang mengharapkan inisiatif dari pihak peserta juga..

antara KEMUDAHAN utk pengangkutan yang disediakan oleh ahli jawatan kuasa bandung game surabaya adalah menaiki kereta api business class..kpd ahli yg ingin memilih utk menaiki executive class juga diperbolehkan..
-utk business class adalah sekitar 240k (pergi balik sekitar 500k)
-utk executive class adalah sekitar 330k (pergi balik sekitar 650k)
p/s: harga masih belum cnfirm..(boleh rujuk kpd biro brkenaan)

kepada ahli yg akan mnggunakan pengangkutan lain sila berikan nama anda kepada biro pengangkutan ( amirul06 & amenk06) trlebih dahulu..
pembayaran utk tiket boleh dibuat SECEPATNYA kepada biro pengangkutan utk memastikan tiket masih ada..
recomennded : sbelum raya..

sila sebarkan kepada ahli2 yang lain..terima kasih..

Tuesday, July 13, 2010

Program Tautan Budi

Taken from: http://pkpmijakarta.blogspot.com/

Tarikh : 5-8 Ogos 2010
Tempat : Semantan, Temerloh Pahang

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) membawakan kepada anda, sebuah program bakti siswa dengan kerjasama dari Kerajaan Negeri Pahang! Pengisian program seperti butir-butir dibawah.


Asas PTB

Menjalankan kegiatan sosial dan berbakti kepada masyarakat di samping meningkatkan hubungan dan kerjasama sosial antara mahasiswa Malaysia di Indonesia dengan mahasiswa di IPTA di Malaysia bertepatan dengan Fasal 6(c) Pelembagaan PKPMI.

Objektif

  1. Memberi peluang kepada ahli-ahli PKPMI untuk mengisi masa mereka dengan bermanfaat ketika pulang bercuti di Malaysia sewaktu cuti semester.
  2. Melatih kepimpinan dan komunikasi interpersonal mahasiswa dalam berinteraksi dengan masyarakat bagi persiapan diri sebelum terjun ke bidang khidmat masyarakat kelak.
  3. Menjalinkan kerjasama dan membuat hubungan dengan mahasiswa di IPTA Malaysia agar manfaat dan perkongsian ilmu dapat diperolehi.
  4. Memperkenalkan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia kepada rakan- rakan serta masyarakat di Malaysia.

Peserta Program

  1. Mahasiswa Malaysia di Indonesia yang sedang bercuti di Malaysia
  2. Wakil-wakil mahasiswa Indonesia di Universitas-universitas Indonesia yang berminat.
  3. Mahasiswa yang bernaung di bawah MAMPAN
  4. Alumni PKPMI yang sudah bekerja (mahasiswa Malaysia yang pernah menuntut di Indonesia)

Cadangan Aktiviti

1. Program Homestay dan Anak Angkat

2. Program Kesihatan
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
  • Promosi kesihatan dan pemberian pamplet-pamplet kesedaran kesihatan.
  • Program Derma Darah.
  • Pemeriksaan kandungan gula dan kolesterol dalam darah.
  • Pemeriksaan gigi.

3. Program Sunathon

  • Sunat beramai-ramai
  • Dilakukan oleh doktor dan ahli terlatih dengan kerjasama Persatuan Perubatan Islam Malaysia
  • (PPIM) Student Chapter

4. Program Motivasi Pelajar Sekolah. (Pelajar PMR/SPM)

  • Ceramah motivasi atau Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
  • Career Talk’ bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

5. Forum Perdana

6. Sukan antara anak angkat bersama keluarga angkat

  • Pertandingan permainan Tradisional.
  • Pertandingan Memasak Masakan Tradisional.
  • Bola Sepak, Takraw, Tarik Tali dan sukaneka.

7. Program Kebajikan

  • Menziarah masyarakat tempatan yang telah uzur, sakit dan yang kurang berkemampuan.
  • Menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka.

Keterangan

1. Program Homestay dan Anak Angkat.

  • Semua mahasiswa akan dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing dan akan menginap dirumah mereka.

2. Program Kesihatan

  • Adanya konsultasi dan pemeriksaan kesihatan percuma, promosi kesihatan, pemberian pamplet kesihatan serta program derma darah boleh di buat kepada orang-orang kampung dengan bekerjasama dengan jabatan kesihatan setempat.
  • Di samping itu juga akan dilakukan program pemeriksaan gigi yang akan dilakukan oleh pelajar-pelajar pergigian juga dengan kerjasama jabatan kesihatan setempat.

3. Program Sunathon
  • Anak-anak penduduk setempat akan diajak untuk bersunat beramai-ramai
  • Program ini adalah usahasama yang dilakukan bersama PPIM (Persatuan Perubatan Islam Malaysia) Student Chapter yang telah berpengalaman dalam program sunat.

4. Program Motivasi Pelajar

  • Program ini akan dikendalikan oleh mahasiswa sendiri dan akan dilaksanakan kepada beberapa kelompok sasaran iaitu pelajar sekolah menengah dan rendah, adik-adik yang masih di tadika dan juga remaja-remaja setempat dalam bentuk ceramah motivasi atau latihan dalam kumpulan(LDK).
  • Program ‘Career Talk’ dapat diberikan oleh alumni-alumni PKPMI (contohnya para doktor, farmasi, doktor gigi) yang telah bekerja dengan memberi pendedahan tentang karier masing-masing untuk menjana minat kepada pelajar sekolah menengah sekiranya ingin memilih karier tersebut.
  • Penceramah bebas juga akan dijemput untuk turut serta dalam memberikan ceramah motivasi untuk anak-anak sekolah masyarakat setempat.

5. Forum Perdana

  • Penceramah-penceramah yang terkenal akan dipanggil untuk memberikan ceramah berbentuk forum.
  • Program akan dilakukan di tempat terbuka (contoh : kawasan padang di kampung)
  • Akan diusahakan untuk memanggil RTM untuk menjadikan forum tersebut sebagai forum perdana yang akan disiarkan di televisyen.

6. Sukan dengan remaja dan masyarakat setempat.

  • Aktiviti sukan seperti bola sepak, takraw, dan tarik tali akan diadakan dengan penduduk setempat. Permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, wau dan sebagainya turut diadakan.
  • Pertandingan memasak masakan tradisional mengikut rumah keluarga angkat akan diadakan.
  • Sukaneka untuk kanak-kanak.

7. Program Kebajikan

  • Ini bertujuan untuk membantu semua golongan yang sakit, tua dan yang kurang berkemampuan.
  • Untuk menunjukkan rasa keprihatinan kita terhadap kesulitan yang dihadapi oleh mereka

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI Pusat Sesi 09/10),
Puri Alpina, Jl. Raya Jatinangor, No. 80
45363 Jatinangor, Sumedang
Jawa Barat, INDONESIA
Blog: http://pkpmipusat.blogspot.com/
Email: pkpmipusat0910@yahoo.co.id

sesiapa yang berminat, please ke laman web tersebut and daftarkan diri.

Terima kasih

Pearls of Wisdom

words of wisdom to share with all. :D

  1. Don't love the Heart that hurts you and don't hurt the Heart that loves you.
  2. Don't cry over anyone who won't cry over you.
  3. Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.
  4. Most people walk in and out of your life, but only friend's leave footprints in your heart.
  5. True friendship "never" ends. Friends are forever.
  6. People are lonely because they build walls instead of bridges.
  7. If we are incapable of finding peace in ourselves, it is pointless to search elsewhere.
  8. The bond that links your true family is not one of blood, but of respect and joy in each other's life. Rarely do members of one family grow up under the same roof.
  9. A change of heart changes everything.
  10. Our greatest glory is not in ever falling, but in rising every time we fall.
  11. You only live once - but if you work it right, once is enough.
  12. One generation plants trees, and the next enjoys the shade.
  13. It is difficult to live in the present, ridiculous to live in the future, and impossible to live in the past. Nothing is as far away as one minute ago.
taken from http://www.ezsoftech.com/stories/

Saturday, July 10, 2010

Marah


taken from http://petainetwork.blogspot.com/

Pertukaran Pelajar Faculty Perikanan Universiti Malaysia Terengganu

Tarikh: 5.6.2010
Pertukaran pelajar dari Faculty Perikanan Universiti Malaysia Terengganu bersama UNAIR selama 2 bulan.
Malang sekali cuma ada satu gambar sahaja yang sempat diambil bersama mereka sebelum mereka pulang ke tanah air.

Gambar ini diambil setelah menonton Piala Dunia 2010 bersama. Merupakan suatu kenangan yang indah bersorak sesama teman dari Malaysia, dan berkenalan sesama pelajar Malaysia dari Terengganu. Kami menantikan lawatan dari mereka lagi pada masa yang akan datang.


Pelajar Malaysia dari UNAIR bersama Pelajar Malaysia dari Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan YDP Pusat Ke Surabaya

Tarikh: 1.6.2010 - 4.6.2010

Lawatan YDP Pusat ke Surabaya.
sempena silaturrahim antara YDP dan meeting dengan AJK PKPMI - CS. Pada kali ini, kita juga mendapat tamu dari Bandung antaranya YDP Pusat saudara Hafiz a.k.a Yoyo dan Biro Agama Pusat saudara Fahmi. Ada juga saudara kita dari negara jiran Thailand, saudara Luqman.

YDP Surabaya dan YDP Pusat

Wednesday, July 7, 2010

Wisuda and Dinner Dengan Datuk Junaidi

Mahasiswa Malaysia yang baru digelar Dokter Muda

Di bawah, gambar yang diambil sewaktu dinner bersama Datuk Junaidi sempena acara Wisuda di mana mahasiswa Malaysia Fakultas Kedokteran berjaya mendapat gelaran Dokter Muda. Menjadi suatu kebanggaan melihat mahasiswa Malaysia penuh harapan untuk menjadi seorang yang berguna dan berwibawa pada masa akan datang.
Makanan yang disediakan memang enak sekali dan jelas terpapar pada wajah setiap mahasiswa yang mengikuti dinner event tersebut.