Wednesday, June 22, 2011

Tour de Java

Bermula 10 Jun 2011, PKPMI Pusat telah mengadakan program road Tour de Java. Acara ini bertujuan untuk bertemu dengan 4 cawangan PKPMI yang berada di tanah Jawa sekaligus mengeratkan silaturrahim. perjalanan mereka meliputi cawangan PKPMI Yogyakarta, Solo, Malang dan Surabaya.

Pada 12/6/2011, PKPMI Pusat tiba di Surabaya di mana ahlli PKPMI CS yang hadir telah mengambil kesempatan untuk bertanyakan sebarang kemusykilan atau apa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan, imigrasi dan sebgainya. MT dan Exco PKPMI CS juga mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan segala permasalahan tentang urusan yang terkait dengan persatuan.

Pertemuan telah diadakan di Ruang Sidang Fakultas Farmasi di Kampus B Universitas Airlangga. turut hadir dalam acara tersebut adalah Atase Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, En. Ludinata bin Misnun.

Friday, June 17, 2011

P.K.B ke-3

Pada 10 Jun 2011, Program Kerohanian Bersama (PKB) yang ke-3 telah dilaksanakan di rumah Saudari Sarah Ali (IAIN) yang bertempat di Wonocolo. Seperti biasa acara telah bermula pada pukul 7.30pm dan dimeriahkan dengan kehadiran kehadiran kedua mahasiswa IAIN dan UNAIR. ini merupakan acara PKB yang pertama di mana mahasiswa IAIN menjadi tuan rumah. semoga program ini dijalankan secara berterusan agar hubungan mahasiswa kekal erat.

PENUTUP DEKAN CUP F.K. 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 4 Jun 2011, ahli PKPMICS dari UNAIR telah turut serta dalam acara penutup Dekan Cup Fakultas Kedokteran Universitas Airlangga 2011. sehubungan dengan itu telah diadakan penjualan Nasi Ayam Malaysian Style. Mahasiswa yang terlibat telah berkumpul di rumah YDP PKPMICS untuk menyediakan hidangan.


Selain itu terdapat juga jualan caramel puding yang dibuat khas oleh saudari Nurdini Abdullah (FKG 07). terima kasih diucapkan. Meskipun terdapat beberapa halangan minor pada hari tersebut, penjualan berjaya dilakukan. Mahasiswas mengambil kesempatan dalam melepaskan rindu akan masakan Malaysia.


dari kiri: Saudari Fatehah (FF O7), Saudara Hussein (FF 10) dan Saudara Zulkhairi (FK 07)

Wednesday, June 1, 2011

P.K.B

PROGRAM KEROHANIAN BERSAMA (P.K.B)

Itulah nama rasmi program ini di bawah pimpinan sesi 2011/2012. Dan Alhamdulillah, pada 27/5/11 (Jumaat) telah dilaksanakan PKB yang kedua. PKB yang ke-2 ini telah dilaksanakan di rumah saudari Amal Munirah Ahmad (FKG 08) dan saudari Amira Adnan (FK 08). Pada malam tersebut, semua ahli yang hadir telah mendapat kunjungan beberapa tetamu dari Malaysia. Ibu kepada saudari Amal yang telah menyediakan pelbagai hidangan istimewa. Namun yang khusus terpahat di ingatan semua ahli adalah nasi minyak....




Selain itu, kita telah mendapat tetamu dari mahasiwa fakulti perubatan UiTM yang kebetulan berada di Surabaya untuk melakukan penelitian mereka di RS dr. Soetomo. Turut hadir pada malam itu adalah Ustaz Ali Fatullah Harun yang memberikan pengisian yang menarik sebagai peringatan kepada semua.






Semoga majlis tersebut dirahmati Allah SWT dan semoga semua ahli mendapat ilmu dan manfaat yang berguna di dunia dan di akhirat. Insya-Allah...

KARNIVAL 1 NUSANTARA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Sebelum kita lanjut, kami dari exco multimedia PKPMI CS ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog PKPMICS. Ini kerana operator blog sibuk dengan tugas dan tanggungjawab beliau. Insya-Allah setelah ini exco multimedia akan berusaha memastikan blog PKPMICS sentiasa up-to-date.

Kembali ke topik utama:

Pada 8 Mei 2011, PKPMI CS telah diundang oleh PKPMI Cawangan Malang ke Karnival 1 Nusantara yang bertempat di Gazebo Universitas Brawijaya Malang.

seramai lebih kurang 20 ahli PKPMI telah menghadiri acara tersebut dan berikut adalah beberapa gambar yang diambil sebagai kenangan.

Semoga acara-acara seperti ini dijalankan dengan lebih sering lagi agar hubungan di antara semua cawangan-cawangan di sini sentiasa bersatu...







PS: kami sentiasa mengalu-alukan feedback dari semua ahli PKP.... tinggalkan komen anda... terima kasih